rstc

VISI

To be recognized for quality and value

MISI

To excel as a leader in developing people as an asset

MOTO

“TOWARDS INDUSTRIAL NEEDS”

Kami sedar bahawa industri memerlukan graduan yang bukan sahaja memiliki pengetahuan dari segi teori sahaja malah lebih kepada keperluan tenaga kerja yang berkemahiran dan mampu melakukan tugasan di bawah pengawasan minimum serta siap sedia untuk bekerja (Ready to Work). Oleh itu RMSB telah mengambil inisiatif dengan menawarkan kursus-kursus kemahiran di peringkat sijil bagi lepasan sekolah yang minatnya lebih kepada bidang berkemahiran untuk menjalani kursus secara teori dan praktikal di RMSB.

Selain dari pengetahuan secara teori dan praktikal daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, para pelatih juga akan dibekalkan dengan sijil-sijil nilai tambah yang akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk diterima bekerja di dalam industri yang menjadi pilihan utama para majikan untuk diambil bekerja.

PENGASAS RANACO MARINE SDN. BHD.

Allahyarham Kapten Dr. Ramlan bin Ramli
Pengasas
Ranaco Marine Sdn Bhd

Pengasas kami, Allahyarham Kapten Dr. Ramlan bin Ramli, adalah seorang Kapten Kapal yang menawarkan perkhidmatan kepada industri maritim. Ini termasuk industri insurans keselamatan, lepas pantai, petrokimia dan kesihatan & keselamatan pekerjaan. Dia juga merupakan perunding antarabangsa dalam bidang-bidang ini. Perkhidmatannya yang luar biasa melayakkan beliau untuk menerima pangkat sebagai Kapten Kapal Dagang ketika dia baru berusia 28 tahun. Beliau memperoleh ijazah Sarjana dari School of Navigation, sebuah akademi maritim terkemuka di Indonesia sebelum menamatkan PhD, memperoleh gelaran Dr di akademi yang sama. Beliau pernah dilantik sebagai Pensyarah Sambilan dan dan Ahli Lembaga Penasihat di Universiti Malaysia Terengganu  Perkara ini membuktikan dedikasi beliau dalam mendalami dan mengembangkan lagi bidang maritim di Negara kita. Di peringkat antarabangsal, beliau pernah dipanggil untuk mewakili Indonesia dalam Organisasi Maritim Internasional (IMO) yang dianjurkan oleh PBB dan juga terlibat dalam penghasilan Akta Keselamatan (Security Act) dalam bidang maritim.

Ketika International Maritime Organisation (IMO) memperkenalkan lebih banyak undang-undang untuk mengatur industri perkapalan dan maritim, Allahyarham Kapten Dr. Ramlan menyedari bahawa ada keperluan mendesak untuk memberikan pendidikan dan latihan yang sesuai untuk meningkatkan dan meningkatkan tahap kompetensi para pemain dalam industri ini.Itulah sejarah bermulanya sektor pendidikan tinggi di Ranaco yang memfokuskan bermula dengan peringkat Sijil Kemahiran sehinggalah ke peringkat Sarjana Muda. Beliau meninggal dunia pada 24 Julai 2014.

SEJARAH PENUBUHAN

Ranaco Marine Sdn Bhd (RMSB) ditubuhkan pada tahun 1984 mempinyai reputasi yang tinggi dalam menawarkan kursus industri dalam bidang Industri Maritim, Minyak dan Gas, Petrokimia, Perhotelan dan lain-lain. RMSB telah diberi kepercayaan oleh pemain industri ternama  dalam bidang Gas Utama, kontraktor dan pemilikan perkongsian pengeluaran, kilang petrokima dan pihak berkuasa kerajaan.

Dalam memenuhi keperluan pelanggan, RMSB mempunyai pusat servis yang mampan yang terletak di Pengkalan Bekalan Kemaman, Terengganu bagi memenuhi keperluan aktiviti petrokimia, pelabuhan dan luar persisir di pantai timur barat Malaysia. RMSB percaya bahawa kepuasan pelanggan adalah keutamaan.

Lebih 30 tahun beroperasi, RMSB telah mengembangkan keupayaan dan pengalaman untuk melaksanakan pendidikan, latihan dan tugasan penilaian dalam skala besar. Kelebihan RMSB terletak pada tenaga pengajar yang kompeten di dalam bidang yang berkaitan. RMSB percaya bahawa kami berkeupayaan dalam melaksanakan penyelarasan/projek yang baik di masa akan dating.

RANACO TVET

Selaras dengan perkembangan semasa, RMSB telah melaksanakan program TVET di mana di bawah program ini di pecahkan kepada dua pusat latihan iaitu Ranaco Vocational Training Centre (RVTC) dan Ranaco Seafarer Training Centre (RSTC).

Ranaco Vocational Training Centre (RVTC)

RVTC adalah pusat latihan yang memfokuskan kepada program latihan berbentuk sijil kemahiran dan kompetensi. Antara program sijil yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Servis Makanan dan Minuman Tahap 2
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyelia Keselamatan dan Kesihatan Tapak Bina Level 3
  3. Pembalutan Paip Gas
  4. Kulinari
  5. House Keeping
  6. Pastri
  7. Pipe & Rigger Fitter
rvtc
kolej

Ranaco Seafarer Training Centre (RSTC)

RSTC pula adalah pusat latihan yang memfokuskan kepada latihan kepada bakal pelaut (STCW – Manila Amendment 2010). Program yang di tawarkan adalah seperti berikut :-

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Geladak Tahap 1
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Mekanik Marin Tahap 1
  3. Kelasi Dek Kapal Dagang (Deck Rating) STCW II/4
  4. Kelasi Injin Kapal Dagang (Engine Rating) STCW III/4
  5. Kelasi Dek Kapal Dagang (Deck Rating) STCW II/5
  6. Kelasi Injin Kapal Dagang (Engine Rating) STCW III/5
  7. Marine Catering Crew

KEPIMPINAN KAMI

AHMAD FIRDHAUS RAMLAN

CEO
“THINK FROM OTHER PERSPECTIVE AND FIND UNIQUE SOLUTION”

MOHAMAD AYUB ARIFFIN

PENGURUS RANACO VOCATIONAL TRAINING CENTRE (RVTC)
"Investment in TVET knowledge pays the best interest"

HAFIZUL ZAINORDIN

PENGURUS RANACO SEAFARER TRAINING CENTRE (RSTC)
"We can't change the direction of the wind, but we can adjust our sails to always reach our destination"

KEMUDAHAN PUSAT LATIHAN

DIIKTIRAF OLEH