FAQ

RMSB (Ranaco Marine Sdn. Bhd.) telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan diiktiraf sebagai antara pelopor dalam industri maritim dan minyak & gas di Malaysia. Di asaskan oleh Allahyarham Kapten Dr. Ramlan bin Ramli, RMSB di tubuhkan bagi memenuhi keperluan para profesional dalam industri ini. Apabila International Maritime Organisation (IMO) ingin memperkenalkan lebih banyak pelajar untuk mengatur industri perkapalan dan maritim, Kapten Dr. Ramlan menyedari bahawa ada keperluan mendesak untuk memberikan pendidikan dan latihan yang sesuai untuk meningkatkan dan meningkatkan tahap kompetensi para pemain dalam industri ini.RMSB menawarkan pendidikan dan latihan kemahiran untuk program pensijilan dan kompetensi dalam bidang Maritim, Luar Pesisir, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Perhotelan, Logistik dan Perakaunan.

Kami berada di Timur Semenanjung Malaysia atau lebih khusus lagi di Kemaman, Terengganu. Google Map Location di https://goo.gl/maps/7CuKGRGxK91A8VqE6

Di RMSB, kami menyedari bahawa industri ingin menggunakan tenaga kerja dengan pengetahuan, kecekapan, kemahiran keselamatan yang proaktif. Dengan itu kami telah melengkapkan para pelajar kami dengan sijil tambah nilai (short course training) bagi membolehkan mereka bersedia berkerja (ready to work).

Program di RMSB adalah berupa program sijil dan kami percaya program kami amat sesuai bagi mereka yang ingin menceburi bidang berkaitan. Ini adalah senarai program yang kami jalankan di RMSB :

Sijil Kemahiran Malaysia
 1.Operasi Geladak Kapal Tahap 1
 2.Mekanik Marin Tahap 1
 3.Operasi Servis Makanan & Minuman Tahap 2
 4.Penyelia Keselamatan dan Kesihatan Tapak Binaan Tahap 3
    
Sijil Kompetensi
 1.Deck Rating
 2.Engine Rating
 3.Pipe & Rigger Fitter
    
Sijil STCW (Manila Amendment 2010)
 1.Kelasi Deck Kapal Dagang (Deck Rating) STCW II/4
 2.Kelasi Deck Kapal Dagang (Deck Rating) STCW II/5
 3.Kelasi Engine Kapal Dagang (Engine Rating) STCW III/4
 4.Kelasi Engine Kapal Dagang (Engine Rating) STCW III/5

Untuk maklumat lanjut boleh layari Senarai Program kami.

Syarat minima adalah 3M iaitu boleh Membaca, Menulis dan Mengira. Walaubagaimanapun terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi bagi program-program tertentu.

Hebahan pengambilan akan di buat melalui laman rasmi sosial media iaitu facebook dan Instagram.

Boleh, tetapi ada beberapa program yang hanya mengambil pelajar lelaki sahaja.

Latihan industri hanya diberi bagi program Sijil Kemahiran Malaysia Penyelia Keselamatan dan Kesihatan Tapak Binaa sahaja manakala bagi program yang lain pula lawatan industri bergantung kepada program yang diambil

Sila tinggalkan komen jika ada pertanyaan berlainan